eKelas Matematik & Sains (Minggu 16)

7 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Julai 2019, Sabtu seramai 8 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5 telah menghadiri kelas tuisyen Matematik dan Sains yang bertempat dibilik latihan pusat internet tebelu. Kelas tersebut telah bermula dari jam 10:20 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang ditetapkan.

Pada minggu ini, bagi subjek Sains,para pelajar berpeluang mempelajari topik tentang bentuk-bentuk buruj, membuat carta alir Homeostasis, keradioaktifan dan membuat carta alir penghasilan tenaga elektrik dari tenaga nuklear. Setiap selesai sesi pembelajaran, para pelajar akan membuat aktiviti berkumpulan. Setelah selesai aktiviti berkumpulan pelajar diarahkan untuk memuatnaik hasil kerja mereka didalam portal ekelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali